Jumaat, 30 Mei 2014

Tutorial: Felt Flower Bookmarks

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian yang indah rupanya serta indah akhlaknya :)

Dah lama rasanya tak buat tutorial. Baru ada mood balik lepas shopping felt dekat Kedai Perintis Aeon Big. Yeeaaayyy.. :D

Ok, sekarang ni saya nak buat Penanda Buku Bunga Felt ataupun Felt Flower Bookmarks. Dan, berita terbaiknya adalah.. Tutorial kali ini bergambar! Best kan best kan? :D :D :D Sebelum tu, jom tengok gambarnya :-


Ok, bahan-bahannya adalah..,

Kain felt 2 warna (Kalau saya guna pink dengan putih. Terpulanglah pada korang nak pilih warna apa), Kayu yang menyerupai batang aiskrim (Tapi bukan !Saiznya lebih besar. Zu yang kasi ni kat saya), gunting, pen, gam UHU (sebaik-baiknya guna glue gun) dan penekap.

Kegunaan Penekap
Korang lukis dulu bentuknya atas kertas keras (saya guna kulit buku tadika lama Irfan :P ) pastu potong. And then, bolehlah lukis atas kain felt dan gunting. Saya guna penekap agar kerja jadi lebih senang kalau nak buat bookmarks banyak-banyak.

Tutorial



1. Lepas tekap bentuk atas kain felt, potong bentuk tu.
2. Tampalkan bulat warna putih atas bunga pink.
3. Last sekali, tampal bunga tu atas batang kayu.
4. And,,,, siap!

Simple je kan? As easy as ABC! Korang boleh buat benda ni banyak-banyak untuk kegunaan sendiri ataupun bole hadiahkan bookmark handamde korang yang cute tu kepada kawan-kawan korang yang cute! Ataupun, bagi mereka yang sekepala dengan Mail dalam cerita Upin & Ipin tu, juallah! Mesti untung! Hehehe..

Oklah, sampai sini dulu tutorial saya. nantikan tutorial yang lain, ye! Salam sayang,

-ABC^_^