Rabu, 14 Mei 2014

Cara menunaikan Solat Dhuha

Assalamualaikum, kawan-kawan!

Maaf sebab biarkan blog ni terlalu lama berhabuk dan bersawang sebab saya memang sibuk sangat! >.<


Apapun, hari ni saya nak beri cara menunaikan solat Dhuha. Nak tengok tutorial lain Klik sini.
Waktu menunaikan solat Dhuha :-

Dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Atau 8 hingga 10 pagi.

Niat :-

"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala"
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 


(Solat Dhuha boleh ditunaikan dua, empat, enam, lapan atau dua belas rakaat).

Semasa rakaat pertama, baca surah al-Fatihah dan surah as-Syams.
Semasa rakaat kedua, baca Surah al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha.

Ketika sujud terakhir, baca Ya Wahab 40 kali.

Dan... selesai solat, bacalah doa ini..
 
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Inilah cara saya menunaikan Solat sunat Dhuha. :)

NOTA!!
Untuk pengetahuan korang semua, (Tak Tipu!) Kawan saya, Aisyah, telah mendapat keputusan yang baik (5A) sejak mengamalkan Solat Dhuha dan Solat Sunat Hajat di sekolah setiap kali waktu rehat. Dan, dia juga perasan yang duit tabung dia dah bertambah. Alhamdulillah.. rezeki murah.. kan, Aisyah?

Oklah, semoga Solat sunat ini menjadi amalan kita sepanjang hayat :)

-ABC^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan