Jumaat, 7 Februari 2014

Pelajar Pusat Pendidikan Al-Quran Hurul Ain (PPQHA) - part 2

Assalamualaikum, kawan-kawan yang saya kasihi sekalian. Semoga Allah sentiasa kurniakan kawan-kawan semua kesihatan dan ketabahan untuk terus menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini, Aminn~~ Ingat ye, kalau Allah beri kita ujian, itu maknanya Allah sangat rindukan doa-doa hambanya. Jadi, sentiasalah kita berdoa kepada Tuhan pencipta alam ini ^^.



Kawan-kawan dah baca kan yang entry sebelum ini? Kali ni, saya nak sambung pasal Pusat Pendidikan Al-Quran Hurul Ain atau singkatannya PPQHA. Alhamdulillah, sepanjang 5 minggu saya berada di sana, dah banyak benda yang saya pelajari. Antaranya :-
  • Cara membaca sambil mengeja surah-surah dalam juzuk ketiga puluh. Contohnya untuk Bismillahirrahmanirrahim - Ba sin mati bawah bis. Mim alif lam lam sabtu bawah mil. La atas la. Ha alif la ra sabdu bawah hir. Ra ha mati atas rah. Mim atas ma. Nun alif lam ra sabdu bawah Nir. Ra atas ra. Ha ya bawah bawah Hi. Mim bawah mi. - Panjang lebar sikit. Kalau baca je mungkin tak faham. Ambik lah Muqaddam ke, Quran ke, tengok sendiri.. Hehehe..
  • Jangan bising atau riuh-rendah masa orang azan. Kalau tak, di Akhirat nanti, telinga kita akan pekak. Sayang tau kalau telinga kita pekak di akhirat nanti sebab nanti kalau Rasulullah panggil kita "Ummati.. Ummati.." nak selamatkan kita dari azab neraka kita tak dengar.
  • Waktu Subuh adalah waktu paling afdhal untuk kita mengingati Allah. Makruh kalau waktu Subuh kita asyik memikirkan hal dunia. Tapi, tulah.. masalahnya, sekarang ni waktu Subuh cepat sikit. Jadi, waktu subuh tulah kita ke sekolah.
Itulah antaranya. Alhamdulillah, saya ingat sejak saya masuk sekolah ni sampai saya masuk asrama, saya akan jadi kera sumbang. Tapi, anggapan saya salah. Saya dah ramai kawan dan Alhamdulillah, hubungan kami agak mesra. First sekali kawan yang mesra dengan saya adalah Suhaila, bekas pelajar yang satu sekolah dengan saya. Yang kedua pula adalah Qistina, Saya mula berkawan dengan dia sejak kami secara tidak sengaja duduk bersebelahan sebab terlewat masuk kelas.

Baru-baru ni pula, saya semakin rapat dengan Wani kerana kami sama-sama pulang lewat sewaktu pelajar asrama dah nak masuk tidur dah. Sungguh tidak disangka betul :) .

Sampai situlah coretan saya hari ni. Saya akan muncul lagi membawa cerita yang lebih 'panass' lagi, Insya Allah. Saya mesti cepat Publish sebelum internet bengang lagi. Oklah, bye, Assalamualaikum!

-ABC^_^

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum awak. Awak umur berapa ye skrg? Dulu saya sklh sini jugk. Mcm nk cari semula contact2 kwn lama kat situ

    BalasPadam