Madrasah Hurul Ain? Untuk pengetahuan kawan-kawan, tahun ni saya mengambil keputusan untuk tidak bersekolah agama dan ke Madrasah ini pada waktu malam. Kebanyakkan pelajar kat sini duduk sebagai budak asrama, dan hanya segelintir sahaja yang balik hari. Dan yang paling mengejutkan saya, pelajar termuda di asrama sekolah ini adalah - 5 tahun !? Wow !
Saya ke sini pada waktu malam. Tempatnya sangat tertutup sampaikan kat depan pintu ada tulis - 'ZON MENUTUP AURAT. LELAKI DILARANG MASUK.'. Memang semua perempuanlah kat situ. First day saya masuk, pada mulanya kami baca Surah As-Sajdah, Surah Al-Waqi'ah dan Surah al-Mulk. Sejujurnya, saya kagum dengan kebanyakkan pelajar di sana sebab ramai yang dah hafal tiga surah ni dan antaranya ialah budak 4 ke 6 tahun. o.O .
Dan, masa nak solat Isya', suasana agak bising. Tiba-tiba bunyi satu suara ni, saya ingat suaru perempuan jerit jumpa lipas, rupanya siren suruh diam. Hehe..
Tapi, walaupun tak berapa peramah sangat masa first day and agak kekok, saya suka cara belajar ngaji kat situ. Doakan saya cepat menyesuaikan diri di situ, dan saya rindu sekolah agama lama... T_T . Salam sayang, Auni <3
-ABC^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan