Tutorial Blog

Assalamualaikum, semua pengunjung blog yang dihormati lagi dikasihi sekalian.. =D .. Korang apa khabar? Sihat ke..? Jangan ada yang sakit masa jenguk blog ni, eh.. Kalau sakit tu, rehat kat atas katil je.

Untuk pengetahuan rakan-rakan yang dikasihi sekalian, (ceh, ayat macam buat karangan Syarahan pun ada =P)..Saya suka mem'blogwalking' iaitu cari tutorial blog. Tetiba rasa murah hati pulak nak kongsi tutorial-tutorial blog untuk semua.Tapi, walau murah hati pun tak semestinya rajin.. Hahaha.. Oleh sebab itu, saya hanya mampu kongsikan senarai blog yang pernah saya kunjungi untuk cari tutorial blog. Enjoyy..

1. Blog Cik Nurfarah
      Saya paling suka blog ni sebab ianya berlatar belakangkan pink, warna kesukaan saya! Blog ni juga ada baaaaanyak tutorial-tutorial menarik, tau!

2. Tutorial Untuk Blog
       Blog ni pun ok jugak. Walaupun (Bagi sayalah..) tak menarik sangat, tapi ada banyak tutorial.

3. Oh Budax B
       Yang ni.. pun ok. Gaya blognya pun santai aje. Ikut cerita orang punya blog ni, dia seorang yang pakai Braces lah rasanya.

4.  Amirahzsa's Blog
       Saya pun suka yang ni sebab blognya bertemakan pink dan bahasanya santai dan kemas.

5. Lyssa Faizureen
       Blog ni ok, tapi laptop saya tak boleh buka lama-lama. Nanti ada virus pula. Tapi, memang banyak lah tutorial yang ada. Followers dan visitors blog dia pun ramai.

Sebenarnya, ada baanyak lagi blog yang ada tutorial macam  ni. Tapi, takkan semua sekali saya nak masukkan. Jadi, ni jelah yang saya 'larat' nak kasi korang tengok.. Hahahaha..

-ABC^_^

2 ulasan: