Ahad, 23 Februari 2014

Beza antara Syukran Jazilan dan Jazakallahu Khairan - mana satu paling bagus?



Assalamualaikum, semua! Semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah S.W.T.


Semasa dalam perjalanan saya dan keluarga dari Klang, otak saya tiba-tiba bertanya soalan. Soalan yang agar 'pintar' dan saya tak pernah terfikir dahulu. Ya, soalannya,

Antara Syukran Jazilan dan Jazakallahu Khairan, apa bezanya dan mana satu ucapan paling bagus? Alhamdulillah, semua hanya di hujung jari. Mujur mama sudah langgan internet tanpa had di telefon pintarnya. Di sebabkan saya ni mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, waktu itu juga saya 'tanya pada Encik Google'. Alhamdulillah, ada juga insan yang baik hati kongsikan jawapannya.

Syukran Jazilan bermaksud, terima kasih.
Jazakallahu Khairan bermaksud, Semoga Allah membalas kebaikan terhadapmu.

Sudah terang lagikan bersuluh, jawapan kepada permasalahan saya ialah :-

Mengucap Jazakallahu Khairan adalah lebih afdhal daripada Syukran Jazilan kerana ucapan Jazakallahu Khairan bukan sahaja tanda kita berterima kasih, malah kita juga mendoakan orang tersebut. Tak ke baik namanya tu? 

Semoga ilmu yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Ilal liqa' . (P/s: Tiba-tiba semangat berkobar-kobar nak belajar Bahasa Arab pula.. )

-ABC^_^