Khamis, 23 Januari 2014

Felt Patrick

Assalamualaikum, Ya Akhi wa Ukhti..

Harini, saya nak tunjuk gambar (Gambar aje.. :(  ) Patrick Star. Tipulah kalau ada yang tak kenal kartun dari cerita Spongebob ni. Meh sini saya tunjukkan..

Ok, tu versi kartun. Ni versi kain Felt..

 Sebijik tak? Haha.. Sebenarnya ni bukan saya yang buat. Tapi Ayahsu saya yang buat. Cantik kan? Terima kasih, Ayahsu!

Sorrylah, yang ni tak de tutorial sebab bukan saya yang buat. Gambar je..
Ok, itu sahaja. Salam sayang, Auni.

-ABC^_^

Rabu, 22 Januari 2014

Tutorial - Felt Swiss Roll

Assalamualaikum semua pembaca blog Seindah Akhlak!! Semoga korang semua sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat walafiat. Amin~~

Dah lama saya tak update blog.. Huhuhu.. Apapun, hari ni saya nak kongsi tutorial yang saya dapat dekat DeviantArt. Sebelum tu, jom tengok hasil tangan saya sendiri ---->

Swiss Roll? Mm... Sedapnya.. Hehe.. :P Nah, ni tutorial satu gambar je tau. Harap korang faham :D
 
 Klik pada gambar untuk tengok dengan lebih jelas, Ok? Itu sahaja. Harap korang faham. Akan datang, Insya-Allah saya akan buat tutorial kek! Oklah, Good luck dan jangan lupa komen! Salam sayang, Auni.

-ABC^_^

Khamis, 16 Januari 2014

Segmen Sape yang Bertuah...! by Budax B

Assalamualaikum, semua.. Hari ni saya nak masuk pertandingan dalam blog lah.. hehe.. ni baru first time. Apapun, ni bannernya. Kalau nak, join lah jom..


^_^

-ABC^_^

Khamis, 9 Januari 2014

Tutorial - Felt mini cup


Assalamualaikum, semua !

Harini, saya nak tunjukkan tutorial baru... :) Tutorial membuat Felt Mini Cup ataupun, Cawan kecil yang diperbuat daripada felt ^_^ . Jap, ni saya tunjukkan hasil yang saya buat..

Tadaaaa ~~~ Comel tak? Saya letak sekali keychain dan Button Hello Kitty :D . Kalau nak tahu cara membuatnya, ni saya ambil dari youtube, ye..
Buka SINI
Maaf, ye sebab tutorial hari ni kena guna video.. Selamat mencuba! Salam sayanag, Auni <3

-ABC^_^

Selasa, 7 Januari 2014

Pelajar PPQHA (Pusat Pendidikan al-Quran Hurul Ain)

Assalamualaikum, semua.. semoga semua pembaca blog ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Aminn~~

Madrasah Hurul Ain? Untuk pengetahuan kawan-kawan, tahun ni saya mengambil keputusan untuk tidak bersekolah agama dan ke Madrasah ini pada waktu malam. Kebanyakkan pelajar kat sini duduk sebagai budak asrama, dan hanya segelintir sahaja yang balik hari. Dan yang paling mengejutkan saya, pelajar termuda di asrama sekolah ini adalah - 5 tahun !? Wow !

Saya ke sini pada waktu malam. Tempatnya sangat tertutup sampaikan kat depan pintu ada tulis - 'ZON MENUTUP AURAT. LELAKI DILARANG MASUK.'. Memang semua perempuanlah kat situ. First day saya masuk, pada mulanya kami baca Surah As-Sajdah, Surah Al-Waqi'ah dan Surah al-Mulk. Sejujurnya, saya kagum dengan kebanyakkan pelajar di sana sebab ramai yang dah hafal tiga surah ni dan antaranya ialah budak 4 ke 6 tahun. o.O .

Dan, masa nak solat Isya', suasana agak bising. Tiba-tiba bunyi satu suara ni, saya ingat suaru perempuan jerit jumpa lipas, rupanya siren suruh diam. Hehe..

Tapi, walaupun tak berapa peramah sangat masa first day and agak kekok, saya suka cara belajar ngaji kat situ. Doakan saya cepat menyesuaikan diri di situ, dan saya rindu sekolah agama lama... T_T . Salam sayang, Auni <3

-ABC^_^