Ini cerpen saya buat saja-saja je ye.. Ada sikit saya tiru dalam kehidupan sebenar saya. Yang penting, Enjoy :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Aku, Amna dan Nina pantas keluar daripada bilik solat.
Sungguh, kami tidak sabar untuk meneruskan pengembaraan kami di Melaka
Bandaraya Bersejarah ini. Lagipun, ini kali pertama kami menurut serta
lawatan sambil belajar ke Melaka. Pasti seronok!
Amna memandang kiri dan kanannya. Dia tersengih, “Nampaknya kitalah orang paling awal siap solat!”
“Eh, tu kerusi kosong! Jom duduk!” Nina menunjuk ke arah
sebuah meja dan empat buah kerusi. Kebetulan di sebelah bilik solat,
terdapat banyak restoran. Kami mengambil tempat duduk di salah satu
tempat kosong.
“Eeii.. tak sabarnya nak shopping lepas ni! Mana Cikgu
Hafizah dan Cikgu Yati ni?” Amna tak sedap duduk. Goyang sana, goyang
sini, memang tak sabar betul! Aku dan Nina hanya tersenyum melihat
kerenah kawan kami ini. Kami berkawan sejak darjah satu lagi. Aku dan
Nina berjiran. Rumah Nina dan Amna pula selang tiga buah rumah sahaja.
Jadi, senang kami bertemu.
Aku memerhatikan tempat beli-belah ini. Tak ramai orang.
Pasti sebab hari ni hari sekolah. Cikgu pengiring kami, Cikgu Hafizah
memang sengaja pilih hari Selasa. Tak ramai orang. Tak mudah sesat. Baru
lancar pergerakan kami.
Aku dah dengar ramai kawan-kawan aku cakap, kat Melaka ni
ada banyak keychain yang boleh tulis nama sendiri. Bab tu aku memang
kagum dan cepatlah aku pasang telinga. Harganya pun selalu murah.
Kadang-kadang 2 ringgit. Yela, aku ingat murah tapi dulu-dulu boleh
dikatakan mahal. Duit mama buat belanja sekolah pun 20 sen. Zaman
sekarang ada yang pergi sekolah bawa 10 ringgit. Tak tipu.
“Haa.,, tu pun Cikgu Hafizah dan Cikgu Yati!” Tersentak aku tiba-tiba Nina menjerit di sebelahku.
“Orang tak pekak. Cakap la slow sikit! Dah la duduk sebelah
orang, menjerit tak tentu pasal pula. Adeei,, sakit telinga saya tau!”
tegurku. Nina hanya tersengih. Aku menggosok-gosok telingaku. Berdesing!
Beberapa minit kemudian, semakin ramai murid-murid
perempuan tahun lima keluar daripada bilik solat. Setelah kesemuanya
selesai menunaikan solat jama’ Zuhur dan Asar, Cikgu Yati berkata.
“Baiklah, yang dah siap solat tu, boleh beli barang apa
yang korang nak. Pastikan jalan dengan kawan. Dah siap duduk diam-diam
kat depan tu. Jangan lama sangat.”
“Baik, cikgu!” jawab kami semua. Murid-murid perempuan yang
lain terus menuju ke gerai pilihan mereka. Semuanya berjalan
berkumpulan. Lalu, apalagi, aku, Nina dan Amna pantas mengeluarkan
dompet masing-masing. Kenalah kira duit dulu sebelum shopping. Baru
boleh rancang nak beli apa.
Aku kira duitku satu-persatu. Hmm.. 30 ringgit cuma. Pagi
tadi abah kasi aku 10 ringgit untuk dibuat belanja. Tambah lagi duit
tabung aku yang dah hampir nak memuntahkan isinya tu, memang dah lama
aku kumpul. Sejak dapat tahu yang cikgu nak buat lawatan sambil belajar
ni. 70 ringgit! Ambik kau! Tapi, aku tak lah nak guna banyak sangat. Aku
cuma ambik 35 ringgit je. Nak ambik banyak-banyak takut mama nampak.
Kang habis duit belanja aku kena potong.
Masa kat Taman Rama-rama, aku ada beli anak patung Zirafah
kat kedai cenderahati. Aku pun tak taulah sesat mana anak patung Zirafah
kat Taman Rama-rama dan Reptilia. Apa yang penting, ia comel nak diberi
kat adik sedara aku yang kebetulan mama tengah jaga kat rumah.
“Auni, Nina, jom jalan-jalan kat bawah dulu. Fatin cakap,
kat sini ada banyak keychain tu. Sampai dia tak tau nak pergi gerai yang
mana.” Kata Amna. Fatin ialah jiran Amna yang pernah pergi ke Melaka.
Dia tak dapat mengikuti lawatan kali ni kerana demam. Nasib.. Takpe lah
Fatin, asal kau pernah pergi Melaka, sudah.
Amna dan Nina mendahului aku melalui lorong dalam bangunan
besar itu. Hendak jalan beriringan, lorong itu terlalu sempit. Sedang
aku leka memerhati baju-baju dan aksesori di situ, tiba-tiba Amna dan
Nina berhenti menyebabkan aku terlanggar mereka. Kami pun jatuh..
“Hei, kenapa ni?” marah Amna.
“Koranglah. Yang korang berhenti tiba-tiba dah kenapa?”
balasku. Aku cepat-cepat bangun lalu menghulurkan tangan menolong Nina
dan Amna. Aku memandang ke sebelahku. Ada seorang penjual lelaki. Oh,
rupanya diorang berhenti sebab nak beli benda. Hehehe.. Ampunkan saya
penghuni gua..
“Wah, cantiknya.” Aku terus menjadi rambang mata sebaik
sahaja terlihat puluhan gelang tangan buatan sendiri di gerai pak cik
itu. Ada yang tergantung di dinding dan ada juga yang disusun di atas
meja. Semuanya cantik-cantik dengan corak tersendiri!
“Auni, kita beli satu, nak?” bisik Amna agar tidak dapat
didengari abang penjual. Amna memang pemalu sikit dengan orang yang baru
jumpa. Cuba dah kenal lima tahun macam aku ni. Perangai memang tak
boleh blah!
“Abang, ni berapa satu?” tanya Nina. Nina takpe, dia memang mudah mesra. Sebab tulah ramai orang suka kawan dengannya.
“Satu ni dua ringgit. Yang besar tu empat ringgit.” Balas
pak cik penjual itu sambil tersenyum. Kami saling memandang. Murah juga!
“Kalau kita beli sorang satu, buat friendship bracelet, nak?” aku memberi cadangan.
“Friendship bracelet? Apa tu? Saya tak master English macam awak.” Nina mengerutkan dahinya.
“Gelang persahabatan, lah. Kalau kita beli gelang tu, tanda persahabatan kita.” Terangku. Nina mengagguk-angguk faham.
“Boleh juga. Pak cik, boleh kurang tak?” Nina tersengih
memandang pak cik tersebut sambil membuat muka manjanya. Aku dan Amna
menggeleng.
“Hmm,, disebabkan korang bertiga ni murid sekolah dan
comel-comel belaka, pak cik kasi diskaun = satu gelang tiga ringgit.
Amacam?” Aku dan Amna terkejut mendengar kata-kata pak cik itu.
Mati-mati kitorang ingat pak cik takkan kasi! Wuu.. sporting la pak cik
ni!
“Yeke pak cik? Terima kasih banyak-banyak! Arigato
Huzaimas! Xiexie! Syukran! Thank you!” habis macam-macam bahasa Nina
cakap. Hooray! Boleh jimat sikit!
Kami membeli seorang satu gelang tersebut. Warna sama, tapi
corak sahaja lain. Sebaik sahaja memberi duit kepada pak cik yang baik
hati itu, kami terus menyarungkannya pada tangan kami. Cantik! Lalu kami
mengangkat tinggi-tinggi tangan kami dan disentuh bersama.
“Mulai saat ini, Nurhanina Khalilah, Auni Batrisyia dan
Amanina Azizah, berjanji untuk kekal menjadi sahabat. Gelang
persahabatan ini sebagai saksi!” ucap Nina bagai ketua pengawas berikrar
pada setiap hari perhimpunan. Kami tergelak. Pak cik penjual hanya
tersenyum dan menggelengkan kepalanya melihat kerenah kami.
“Eh, cepat! Tempat ni besar! Pasti ada lebih banyak barang
yang dijual! Mak saya minta tolong belikan keropok!” kata-kata Amna
membuatkan kami tergopoh-gapah.
“Ye tak ye juga! Saya masih belum jumpa kedai jual keychain
tulis nama tu!” aku terjerit perlahan sambil menggaru kepala yang tak
gatal.
“Eh, buat apa susah? Pak cik ada jual keychain yang macam
tu!” ujar pak cik penjual. Aku menghela nafas lega. Tak payahlah kami
‘tawaf’ satu bengunan ni untuk mencari keychain itu!
“Waa.. kedai pak cik ni serbaboleh lah! Brutal! Saya suka
pak cik!” pujian Nina membuatkan pak cik penjual itu tersenyum hingga ke
telinga. Aku melihat sekeliling gerai pak cik penjual itu. Besar.
Macam-macam ada. Baju, keychain, rantai dan lain-lain.
Aku menolak daun pintu. Kedengaran suara Abang Harith asyik
menjerit-jerit memanggil aku. Masih awal lagi nak ke sekolah tapi Abang
Harith yang tergesa-gesa. Kena tambah power cermin mata lagi ke tak
nampak sekarang pukul berapa? Dah lah tadi aku tengah sedap mimpi pasal
putera raja.
“Hoi! Kenapa lambat sangat?” jeritnya.
“Kejaplah! Sabar sikit,” suaraku serak-serak. Aku pantas
menyarungkan stoking. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Lantas aku menuju
ke arah almari lalu membuka laci yang ketiga. Senyumanku menguntum. Aku
menyarungkan gelang tersebut di pergelangan tanganku.
“Cepat,,!”
“Iyee,,!!!” Mak aih, nak terkeluar anak tekak aku menjerit.
Dah lah tekak rasa perit pagi-pagi ni. Setelah memakai kasut, aku masuk
ke dalam perut kereta. Abang Harith menjelingku.
“Macam nak pergi shopping je pakai gelang ni. Beli kat mana?” tanya Abang Harith sambil membetulkan cermin matanya.
“Semalam, kat Melaka. Cantik tak?” aku mendekatkan tanganku di matanya.
“Hei, Yelah.. Abang nampak. Abang tak rabun, ok?”
“Yela tu tak rabun. Habis, kenapa tak nampak sekarang pukul
berapa? Sekarang pukul 6:30 pagi la cik abang! Sekolah start pukul 7:20
pagi!” aku sedikit membentak. Rasakan!
“Abang taulah. Cuma, abangkan ada program pukul 7 ni kat
Highschool. Tambah masa lagi nak ke bandar. Sebab tu lah nak datang
awal-awal. Auni tak ingat ke hari Isnin tu Abang dah kasitau?”
“Oh, yeke.” Aku menggaru kepalaku. Abang Harith ada kasitau
ke? Hehehe.. maklumlah, aku ni cepat lupa. Aku tersengih bagai kering
busuk. Kemudian ketawa terbahak-bahak!
“Sudahlah, jangan ketawa lagi. Macam big boss pula mama dengar.” Aku terkejut. Mama di tempat pemandu? Selalunya kan Abah?
“Mama? Mama hantar pergi sekolah? Bukan selalunya Abah ke?” bertubi-tubi soalan keluar daripada mulutku.
“Eh, Kakak tak tahu ke?” soal Irfan, adikku yang belajar di Darjah satu.
“Ha.., tulah, ketawa tak ingat dunia, mama hantarkan ke
sekolah pun tak perasan. Abah kakak tu, malam semalam pergi Jementah.
Ada hal katanya. Bukankah semalam kakak yang beria-ria salam dengan
Abah? Tak ingat lagi?” Jawab Mama. Aku tersengih lagi. Pelupa betullah
aku ni! Baru berusia 11 tahun dah nyanyok macam orang tua!
“Assalamualaikum..!” kami menjerit serentak kali ketiga di hadapan rumah Aiman. Terpacar riak kecewa di wajah kami.
“Ala, tak boleh masuk ke?” Nina memandang anak-anak kucing
comel yang sudah hampir dua minggu umurnya di dalam halaman rumah Aiman,
jiran hadapan rumah Amna. Aku pula tak habis-habis mengunyah gula-gula
getah perisa anggur yang baru diberi Abang Harith.
“Pasti dia sedang main X-box pemberian ayah dia tu.” Amna membuat andaian. “Tak pun sedang tidur nyenyak!”
Selalunya, tiap-tiap petang, aku, Irfan, Amna dan Nina akan
ke rumah Aiman untuk bermain dengan Kikin dan Queen, kucing kampung
peliharaan Aiman. Baru-baru ini pula, Queen telah melahirkan tiga ekor
anak kucing yang sangat comel! Anak-anak kucing tersebut baru pandai
berjalan.
Tiba-tiba Aiman muncul di muka pintu rumahnya. Kami
menghela nafas lega. Seketika kemudian, pagar rumahnya terbuka secara
automatik. Kami mengundur setapak oleh kerana pintu pagar yang terbuka
luas. Setelah pintu pagar bercat siver itu berhenti bergerak, barulah
kami masuk.
“Ingatkan awak tengah tidur. Habis kering tekak kami
memberi salam.” Mata Amna sempat mengerling Aiman. Aku pula
terbongkok-bongkok mengejar anak kucing berbelang oren yang cuba
melarikan diri daripadaku. Aku menamakannya Oyen.
“Oyen.. Oyen..! Kenapa lari daripada kakak? Miaaww!!” Aku
mengejar Oyen yang akhirnya menyorok di bawah almari. Nina dan Amna
ketawa melihat aksiku yang lucu itu.
“Hari ni kita nak main apa?” ujar Irfan. Walaupun beza
umurnya dan umur kami agak jauh, namun dia tidak kisah kerana Irfan
seperti Nina, cepat mesra. Kerana dia kenal dengan Nina, Amna dan Aiman
sejak umurnya 3 tahun.
“Hah, kalau semalam budak lelaki cabar kami main bola
sepak, budak perempuan cabar lelaki main bola jaring!” aku menghalakan
jari telunjukku ke arah dua orang budak lelaki tersebut. Aku dan Nina
memang ‘jaguh bola jaring’. Kami pernah mewakili sekolah ke peringkat
daerah.
“Okey.. Boleh!” jawab Aiman yang gemar menyahut cabaran.
Irfan pula mulutnya dah melopong dan matanya terbeliak seakan-akan
berkata – ‘BOLA JARING?!’
Kami pun mula beraksi di halaman rumah Aiman yang agak
besar. Amna tak main, mahu main dengan kucing katanya. Amna leka bermain
dengan kucing. Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia
bangun dan macam mencari-cari sesuatu.
“Awak cari apa, Amna?” tegurku, hairan melihat perlakuan aneh Amna.
“Shh.. dengar tak? Macam ada bunyi orang marah-marah.” Kata
Amna. Kami pun mendiamkan diri dan mencari bunyi yang dikatakan Amna.
“Eh, a’ alah. Suara siapa tu?” Irfan meletakkan kedua-dua tangannya pada telinganya.
“Khairil!” ujar Nina.
“Yalah! Suara Khairil dan suara kucing!”
Kami pun bergegas ke rumah Khairil yang bencikan kucing.
Apakah yang berlaku? Adakah seekor lagi kucing menjadi mangsa Khairil?
Ada suatu ketika seekor kucing patah kaki akibat disepak Khairil atas
alasan hanya mencuri seekor ikan goreng. Adakah kejadian seperti itu
akan berulang lagi? Mudah-mudahan tidak!
Akhirnya, kami tiba di rumah Khairil. Sangkaan kami benar.
Seekor kucing terbaring dan menggelupur kesakitan. Ada darah di bahagian
kakinya. Ketika itu, kemarahan kami meluap-luap! Aku pantas mengambil
kucing yang dalam keadaan 50:50 untuk hidup itu.
“Khairil! Awak sudah melampau!” satu jeritan kedengaran.
Kami terkejut benar. Tak sangka Amna menjerit sebegitu kuat! Amna
mendekati Khairil dengan berani.
‘Amna! Awak tak akan mampu melawan budak yang saiznya lebih
besar dari awak! Mana awak dapat keberanian? Amna! Datang ke sini
semula! Dia akan lenyekkan awak macam batu lesung! Amna! Dengar cakap
saya!’ aku seperti ingin menjerit ke arah Amna. Namun, tak terkeluar
jeritan itu dek kerana gerun melihat saiz badan Khairil yang gempal.
“Awak dah melampau, Khairil! Awak kejam! Itu Cuma kucing,
Khairil! Kucing! Dia tak ada akal!” Amna yang sememangnya seorang
pencinta kucing tak sedar yang dia sedang berlawan dengan raksasa
bersaiz XL!
Khairil tersengih jahat,“ peduli apa aku.”
Amna dengan kemarahan yang tak tertampung itu pantas
menyepak kaki Khairil hingga dia tersungkur! Aku dan yang lain melopong
melihat pergerakan drastik Amna. Amna yang dahulunya seorang penakut,
kini seorang yang berani!
“Kamu dengar sini, Khairil! Jika kamu menyakiti kucing
lagi, aku tak akan teragak-agak menelefon polis!” Amna meletakkan
kakinya ke atas badang Khairil agar Khairil tidak bangun lagi.
“Tapi, saya hairanlah. Mana awak dapat keberanian nak lawan
si Khairil tu?” tanya Nina. Amna terus terdiam. Setelah habis nasi
lemak di dalam mulutnya, dia bersuara.
“Entahlah. Masa tu, macam ada orang rasuk saya. Saya
tiba-tiba je jadi macam tu. Jangan cerita pasal benda tu lagilah. Yang
penting, kucing tu dah dihantar ke klinik haiwan dan disahkan selamat.”
Jawab Amna acuh tak acuh. Aku mengangguk-angguk sambil menghirup secawan
teh ais.
“Cepatlah. Loceng dah nak berbunyi.” Nina bangkit membawa
pinggan yang telah kosong bagi meletakkannya di dalam sebuah besen yang
telah disediakan diikiuti aku dan Amna selepas itu. Seperti yang
dikatakan, loceng berbunyi sebaik sahaja kaki mereka melangkah keluar
kantin.
Tiba di kelas 5 Unggul, Cikgu Norha berada di meja guru
menanti kehadiran anak-anak muridnya. Kami menundukkan kepala apabila
terlihat guru penolong kanan itu yang garang itu. Aku, Amna dan Nina
duduk dalam satu barisan di dalam kelas. Ketika kami mengeluarkan kotak
pensel masing-masing, tiba-tiba Amna terjerit kecil.
“Kenapa, Am?” tanyaku.
“Janganlah panggil saya macam tu.” Marah Amna. Amna memang pantang kalau ada orang panggilnya Am. Macam nama lelaki katanya.
“Mana gelang saya? Saya letak kat pencil box ni, kan?” kata Amna, resah.
“A ah lah.. mana ek?” Amna jadikan gelangnya macam
keychain. Dia kata dia rimas pakai kat tangan. Tapi, sebelum rehat
terletak kemas kat kotak pensel dia. Takkan dicuri kot?
Tiba-tiba pandanganku tertancap ke arah sesuatu. Aku
menarik-narik lengan baju kurung Amna. Lalu ku tunjuk ke arah poket
seluar Khairil. Punyalah terkejut Amna masa tu. Amna hanya menggigit
bibirnya menahan marah apabila sedar Khairil yang mencuri gelangnya.
Aku hanya boleh menongkat dagu memandang keluar tingkap.
Hujan yang agak lebat mulai perlahan dan menunjukkan tanda ingin
berhenti.Cerahlah harapan kami nak bermain basikal pada hari ini.
Aku mula termenung tentang peristiwa yang berlaku pagi
tadi. Gelang Amna telah disahkan oleh Nina bahawa ianya dah jadi milik
Khairil. Pada mulanya Amna nak minta gelangnya balik daripada si gempal
tu. Tapi, aku halang sebab takut Khairil akan terus berdendam dengan
Amna.
Nina cakap juga, tinggal kami berdua saja yang ada gelang,
jadi kami berdua harus berjanji agar tidak menghilangkannya. Kami
membuat pertaruhan, siapa yang menghilangkan gelang masing-masing akan
dikenakan denda. Aku bersetuju.
Tanpa kusedari seseorang telah mengetuk tingkap rumahku.
Oh, hujan sudah berhenti rupanya. Nina dan Amna menunjukkan isyarat
jumpa di luar rumah. Aku pun hanya menurut. Aku meminta izin mama
terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah dan menutup pintu. Selipar
merah pantas dipakai. Aku menunggang basikal merahku setelah tongkat
basikal sudah dialihkan. Aku mendekati mereka.
“Nak pergi mana petang ni?” ujarku setelah berbalas salam.
“Kita pergi tengok kucing yang kat klinik hari tu?” Amna
memberi cadangan dan disetujui oleh aku dan Nina. Kami mengayuh sambil
berbual-bual. Sedar tak sedar kami sudah tiba di sebuah klinik haiwan
yang tak berapa jauh dari rumahku. Kami menghentikan basikal.
“Assalamualaikum, Kak.” Serentak kami bertiga memberi salam.
“Waalaikumussalam., korang nak tengok Chiki, ya?” sahut Kak
Aisha, penjaga kaunter klinik tersebut. Kami terus mengangguk sambil
melemparkan senyuman. Ya, Chiki.. itulah nama anak kucing tersebut.
Ianya idea daripada.. siapa lagi? Nina lah.
“Hey,, Chiki!!” Amna terus meletakkan anak kucing tersebut
ke pangkuannya. Alhamulillah, Chiki semakin sembuh. Chiki menjilat-jilat
jari Amna, penyelamatnya daripada Khairil dahulu. Amna tiba-tiba
terdiam. Bibirnya digigit.
“Kenapa, Amna?” tanyaku yang perasan akan riak wajah
sahabatku yang berubah. Takkan tak happy kot jumpa kucing kesayangan dia
tu.
“Saya rasa.. bersalah pula pada Khairil.” Perlahan sahaja
suara Amna. Tangannya tidak berhenti mengusap Chiki. “Mungkin apa yang
saya lakukan hari tu keterlaluan?”
Aku menggeleng. Inilah sikap Amna. Cepat sangat kasihan.
“Amna, apa yang awak lakukan tu saya rasa betul. Sudahlah! Memang salah
si Khairil. Yang dia sepak kucing ni dah kenapa? Macam psiko!”
“Yelah, awak ni Amna, cepat sangat kasihan. Lemah lembut sangat.” Ujar Nina sambil memuncungkan bibirnya.
“Tapi..”
“Dah, tak payah tapi tapi! Yang penting sekarang ni, Chiki
sudah sembuh!” Nina memotong kata-kata Amna. “Humm.. yelah, Chiki sudah
sembuh,” kata Amna, perlahan. Dia mengusap-usap Chiki namun wajahnya
masih suram.
Kedengaran lagi bunyi kucing mengiau dari rumah Khairil.
Kali ini, agak kuat. Ketika itu kami sedang menolong Kak Izzah
membersihkan halaman rumah. Sengaja kami lakukan untuk mendapat upah.
Lagipun kami sedang bosan ketika itu.
“Ah, Khairil buat kekejaman lagi ke?” bisikku, gusar.
“Kak, kami nak pergi ke rumah Khairil kejap, boleh?” Nina
meminta kebenaran daripada Kak Izzah. Kak Izzah pun membenarkan. Kami
bergegas ke rumah Khairil untuk melihat apa yang terjadi. Perasaan risau
dan bimbang menyelubungi hati kami ketika itu.
Apa yang kami risaukan berlaku di halaman rumah Khairil,
sekali lagi. Seekor lagi ‘mangsa’ berjalan terjengket-jengket. Kakinya
patah, mungkin. Kini, kami merenung Khairil. Sungguh tajam renungan
kami.
“Khairil! Kamu dah mungkir janji! Nak kami panggil polis
kah baru nak insaf?! Kau TAUBAT ke TAUBUAT?” kini, kegeraman aku dah
sampai tahap maksima. Sudahlah mencederakan kucing sekali lagi, malah,
tak serik-serik pula tu!
Muka Khairil tidak seperti insiden lepas. Hari itu dia
tersengih-sengih, kini mukanya seperti terkejut. Terkesima. Dahinya
berkerut seribu. Mukanya ditunduk. Mengapa?
Amna hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang dirasakan
dalam hatinya. Aku pula ke hadapan setapak bersama Nina. Kami berdua
menuju ke arah Khairil. Nina menampar kasar bahu gempal Khairil.
“Nah, ini balasan kedua!”
Khairil masih lagi terdiam. Bibirnya digigit. Amna
kelihatan hairan. Dia dapat rasakan sesuatu. Apabila orang sengaja buat
salah, orang tersebut tak akan kelihatan seperti ini. Atau..
“Khairil!”
Kami menoleh ke arah Amna serentak. Dia mendekati kami. Aku
sangkakan dia hendak ‘membelasah’ Khairil, namun tidak. Sebaliknya dia
bertanya kepada Khairil dengan tenang tetapi agak tegas.
“Cuba ceritakan apa yang berlaku.” Pujuk Amna, tenang. Pada
mulanya, Khairil diam tetapi Amna mendesaknya supaya berterus-terang.
Akhirnya, Khairil mengalah.
Khairil menamatkan ceritanya. Kami terdiam. Nina
menundukkan mukanya. Rasa sesal pula kerana menampar Khairil. Amna pula
mengangguk-angguk. Dia tersenyum segaris. Jelas, Khairil tidak bersalah
kali ini.
“Maafkan kami, Khairil. Kami sepatutnya bertanya dahulu, bukan marah tak menentu.” Aku tergagap-gagap meminta maaf.
“Yalah. Mana kami tahu yang kucing ni sebenarnya jatuh
tingkat dua rumah kamu. Jelas yang kamu tak bersalah. Kami yang salah.”
Nina juga mengakui kesalahannya.
“Tidak mengapa, salah saya juga kerana tidak terus-terang.
Saya ni penakut sangat. Yang penting, mari kita bawa kucing ni ke
klinik. Kasihan pula saya melihatnya.” Kata Khairil.
Kami agak terkejut melihat perubahan ketara Khairil. Apa
yang Amna lakukan semasa dia menyepak Khairil dahulu? Apa ‘sihir’ yang
diguna Amna? Hebatnya Amna! Khairil yang dahulunya nakal, kini menjadi
baik dan jujur!
“Saya pun tak sangka yang Khairil dah jadi baik sekarang,”
“Yalah. Mujarab betul sepakan awak, Amna!” puji Nina yang
asyik menjilat ais-krim perisanya keladinya dari tadi. Langkah kaki kami
seiring dalam kelajuan sederhana. Amna hanya tersenyum malu mendengar
kata-kata Nina. Mukanya merona merah. Itulah Amna yang pemalu!
“Apapun, dia dah tak aniaya kucing dah sekarang. Betul
tak?” Katanya. Aku tersenyum dan menjilat ais-krim strawberi aku yang
semakin mencair di dalam kon dek terkena bahang matahari tengah hari
itu. Masing-masing mempunyai kon ais-krim dalam genggaman.
“Auni.” Pangilan Nina membuatkan aku terhenti menjilat ais-krim. Aku memandang tepat ke arah mata Nina.
“Awak suka Daniel, ya?” Mataku membuntang. Daniel? Apa yang Nina merepek ni?
“Mana ada. Kenapa awak cakap macam tu?” nada suaraku kali
ini agak tinggi. Amna yang dari tadi menjadi pemerhati hanya
menanti-nanti jawapan daripada Nina.
“Habis, dalam kelas saya tengok awak asyik berbual dengan
dia saja. Kena baca petikan pun sama-sama. Lepas tu, saya nampak dia
ambilkan pembaris awak yang terjatuh tu, awak tersenyum-senyum je. Ada
apa-apa makna ke ni?”
Ketika itu, mukaku mulai terasa panas. Aku cuba menahan
marah kerana aku tahu yang Nina cuma bergurau. Agak lama aku mendiamkan
diri, akhirnya aku membalas sambil menolak bahu Nina. “Mana ada! Awak
ni!”
Ais-krim Nina terjatuh. Dia terdiam sambil memandang ke bawah. Lama.
“Err.. Nina.. awak ok?” aku terkedu seketika. Ais-krim
jatuh, takkan marah kot? Aku menyentuh lembut bahu Nina. Terkejut aku
apabila Nina menolak tanganku dari bahunya. Kasar. Aku tahu dia sedang
marah.
“Tak payahlah!” Nina berjalan laju meninggalkan kami
berdua. Aku dan Amna berpandangan. Nina tak pernah begini sebelum ini.
Ais-krimnya jatuh sahaja kot? Takkanlah nak marah aku macam tu? Aku
merenung lama wajah Amna dengan rasa bersalah dan inginkan jawapan. Amna
mengangkat bahunya, tanda tidak tahu.
“Nina..” aku cuba memanggil Nina awak pagi itu. Nina
berpura-pura tidak dengar. Aku memanggil lagi. Dia tidak menyahut.
Akhirnya, aku pergi ke arahnya dan menyentuh bahunya. Seperti yang aku
agak, dia menepis kasar tanganku.
“Kenapa ni, Nina? Awak marah pasal ais-krim tu ke? Kalau
awak nak, saya boleh belanja awak lagi satu.. tak! DUA ais-krim petang
ni. Asal awak tak macam ni!”
Nina tak menjawab, sebaliknya menghilangkan diri ke arah
tandas blok B. Aku tahu dia bukan ke sana untuk membuang air, tapi
mengelak daripada aku. Atau.. mungkin dia sakit perut?
Apa yang aku tahu, DIA CUBA MENGELAK DARIPADA AKU!
Sepanjang hari tersebut, dia tidak menegur atau berbual
denganku. Bukan kau tidak bertembung dengannya, sebaliknya dia asyik
melarikan diri daripada aku. Bukan dengan muka marah, tapi dengan muka
bersalah dan malu. Kalau ye pun, dia buat salah apa pada aku?
Aku dah kejar dia banyak kali, tapi Nina tu ‘hero’ pasukan
Merah dalam acara lumba lari. Aku ni pun tak aktif sangat dalam sukan.
Aku hairan.
Haih.. bingung otak aku memikirkan tentang Nina sepanjang
hari ini. Aku telah meminta tolong daripada Amna tentang hal ini supaya
dia boleh bincang dengan Nina. Tapi, Amna cakap, bila dia sebut nama aku
depan Nina, terus Nina jadi gelabah. Aku tanya, Amna ada tanya tak
kepada Nina kenapa dia gelabah, Amna beritahu dia dah tanya, tapi Nina
tak jawab.
Mendengar kata-kata Amna, aku pasrah. Aku tahu dan aku
pasti bahawa Nina tak akan tahan kalau dia berbuat begini padaku. Aku
yakin juga yang suatu hari nanti Nina akan menjelaskan segalanya.
Tapi.. Bila? Yang tu, aku tak tahu. Hanya mampu berdoa sajalah agar ‘hari’ itu dapat dipercepatkan.
Setelah menjumpai kelibatnya, aku pantas memberhentikan
basikal. Setelah menurunkan tongkat basikal, aku menuju ke arahnya
perlahan-lahan agar ‘mangsa’ tak perasan akan kehadiranku. Kedudukan aku
dengannya semakin hampir. Akhirnya, aku menyergahnya.
“Nina..!”
Nina tersedak kemudian terbatuk-batuk. Mukanya merah.
Opss.. Aku tak tahu pula ketika itu Amna belanja Nina makan ABC. Apa
yang aku diberitahu Amna, dia dan Nina berada di warung Mak Cik Seha.
Mujur tak lama Nina batuk. Semua mata di warung itu memerhati kami. Aku
hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Apa ni, Auni?!” Nina menjerit perlahan agar tidak mengambil perhatian pelanggan-pelanggan di situ. Malu sungguh.
“Ampun.. saya tak tahu pula awak tengah minum ABC.” Aku
memohon maaf. Kerusi kosong di sebelahnya diduduki. “Wahh., minum ABC
tak ajak pula tu,”
Pada mulanya, Nina teragak-agak untuk berbual denganku. Tetapi setelah Amna memujuknya dengan isyarat tangan, Nina hanya akur.
“Mak Cik Seha, ABC lagi satu!” laung ku. Mak Cik Seha memberi isyarat ‘ok’.
“Nina, kenapa awak asyik larikan diri daripada saya?” mukaku yang dari tadi selamba, kini menjadi serius.
“A.. wak nak main kat taman permainan tak nanti?” Nina cuba
mengelak daripada menjawab soalanku tadi. Aku terdiam. Aku cuba memberi
Nina sekuntum senyuman namun tidak berjaya.
“Ok..” Aku membalas, serius. Beberapa minit kemudian, aku
cuba bertanya Nina soalan yang sama. Dia buat tak tahu sambil menghirup
ABC nya yang hampir habis. Amna pula asyik membelek telefon bimbitnya
sambil menghabiskan milkshake nya.
Aku menghela nafas, lemah. Aku mengambil keputusan untuk
tidak bertanya lagi. Namun, mujur hubungan aku dan Nina sudah kembali
normal. Biarlah soalan itu tidak keluar daripada mulutku lagi. Aku tahu
Nina tak sedia menjawabnya.
Keadaan kembali sunyi. Aku tak tahu nak bual pasal apa. ABC
yang dari tadi kuhirup tak henti-henti sudah habis. Begitu juga Nina.
Kemudian, aku lihat Amna berdiri dan memecah kesunyian ini.
“Jom, main buaian. Belum ada orang lagi kat situ.” Amna
melangkah ke buaian, tempat yang kami selalu main pada waktu petang
diikuti aku dan Nina.
KRIIIIINGGGGGGG....!!!
Waktu yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar akhirnya
tiba jua. Masa pulang! Setelah Cikgu Fendi keluar daripada kelas 5
Unggul, aku mengemas beg sekolahku manakala sesetengah murid sudah
meninggalkan kelas, termasuk Nina.
Fikirku, tak mengapalah. Mungkin dia akan tunggu di pintu
pagar nanti kerana selalunya dia menunggu aku untuk pulang bersama. Amna
hari ni tak datang kerana demam.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Malam tadi, aku telah bermimpi sesuatu yang ngeri, dahsyat dan menyeramkan! Ianya adalah..
GELANG PERSAHABATAN AKU TELAH HILANG!!
Namun, aku cakap ianya mimpi. Ianya lebih menyeramkan dan
ngeri apabila aku bangun, aku lihat gelang yang aku selalu letak di atas
meja di sebelah katilku, dan barulah aku sedar yang..
IANYA BUKAN MIMPI!!
Sesetengah orang suka apabila 'their dream comes true',
tapi kali ini, bukan untuk aku! Jenuh aku fikirkan alasan yang terbaik
untuk diberikan kepada Nina kerana aku tahu :- Dia pasti akan memarahi
aku!
Habislah, habislah! Apa yang aku nak buat untuk tidak bertembung dengan Nina?...... Hah! Aku tahu!
Aku menuruni tangga dan memeluk mama. Aku pura-pura lemah.
Rancanganku supaya mama ingat aku ni demam dan menyuruh aku berehat
sahaja di rumah. Ya.. bijak, bijak..
"Mama.. Auni rasa nak demamlah.. tak nak pergi sekolah, boleh?"
"Eh? Tiba-tiba pula demam. Meh sini mama rasa dahinya tu,"
mama menyentuh dahiku, lembut. Aku pun dalam hati.. alamak! Bodohnya
aku! Kenapa aku tak teringat tentang ni?
"Tak panas pun. Nak tipu agak-agak dulu, eh?" Mama berkata sambil melemparkan senyuman. Namun, bagiku ianya agak sinis.
Dan.. dengan rasminya rancangan aku gagal. Aaaaaaahhhh... ok, takpe.. tarik nafas, lepas.. tarik nafas, lepas..
Ini rancangan terakhirku. Senang cakap Plan B aku.
Sepanjang harini, aku akan mengelakkan diri daripada bertembung dengan
Nina mahupun Amna. Ya! Hanya lari bila nampak mereka.
Aku teruskan perjalananku daripada bilik darjah hingga ke
pagar sekolah. Alamak! Aku ternampak Nina berdiri di situ! Barangkali
menungguku untuk balik rumah sama-sama.
Aku gelabah seketika.. ah! Jalan sajalah. Tunduk muka.. buat-buat tak nampak.. jalan..
"Auni!" Erk! Dia perasanlah! "Kenapa ni? Jomlah balik sama-sama." Tegur Nina.
"Err.. saya.. tu.. ini... emm.." aku nak beritahu perkara sebenar. Tapi, pengakuan itu tersekat di kerongkongku. Ahh...!
"Cakap sajalah!" Nina terkejutkan aku. Oleh kerana aku ni
mudah terkejut, semua pengakuan yang tersekat dalam kerongkong aku tadi
pantas keluar.
"GELANG SAYA DAH HILANG!" aku menekup mulutku. Rasa kesal dan rasa lega menyelubungi aku.
Pada mulanya, Nina kelihatan terkejut. Namun, kemudian dia
tersenyum. Sesuatu yang tidak dijangka sungguh! Dahiku berkerut seribu.
"Ke..kenapa awak tersenyum! ?" Aku separa terjerit.
Nina menunduk dan menghembus nafas. "Maafkan saya, Auni. Saya kagum dengan awak."
Mataku membuntang. Adakah aku berada di hadapan Nina yang
aku kenal? Aku ketika itu bagaikan mahu menggoncang kuat bahu Nina
sambil menjerit, SIAPA AWAK!? APA YANG AWAK DAH BUAT DEKAT NINA YANG
SEBENAR!?
"Huh.. Sebenarnya. . Saya..."
Aku menunggu ayat Nina yang bakal disebut dengan gundah.
Aku harap jawapannya bukanlah 'Saya bukan Nina yang sebenarnya.. Nina
diculik oleh makhluk asing'. Wah! Tahap imaginasi aku sudah melampaui
batas!
"Gelang saya pun hilang juga."
APA!!??
Kami terdiam seketika. Tak lama selepas itu, kami terus ketawa terbahak-bahak.
"Ooh, patutlah hari tu awak asyik gelisah je masa jumpa saya hari tu.." kataku apabila ketawa kami reda.
"Tulah, saya takut awak tanya tentang gelang saya. Rupanya,
kita dua kali lima. Tapi, saya kagum bila awak berani kasi tahu perkara
sebenar."
"Berani? Bila awak terkejutkan saya, barulah saya berani." kataku, tersengih.
"Hahahaha! Awak memang kuat terkejutlah, Auni!" ketawanya pecah lagi.
"Eh, sudah lama kita di sekolah. Lihat, murid-murid pun
dah tak ramai. Marilah balik! Saya tak sabar nak makan tengah hari ni.
Agak-agaknya, mama saya masak apa, ya?" Aku mulai terangan-angan tentang
nasi khabsa yang mama pernah berrjanji untuk memasaknya dahulu. Aku
mula meliur. Pasti Sedap!
"La, rupa-rupanya kamu berdua sama je. Hilang gelang. Dua-dua mungkir janji." Amna kata.
"Hehehe.. ampunkan kami penunggu gua.." kata Nina sambil berbuat muka manja sambil tersengih.
"Kebetulan sajalah! Lagipun senanglah awak cakap, gelang awak Khairil dah pulangkan." Aku mencebik.
"Yalah,
yalah.. apapun, ni gelang saya simpan kat rumah. Banyak. Kamu berdua
ambillah." Amna menghulurkan dua gelang yang tak jauh bezanya daripada
gelang aku dan Nina dahulu. Melihat itu, aku dan Nina berpandangan.
"Err.. awak patut kasitau tu sebelum kita beli gelang persahabatan tu sorang satu, kan?" Nina berkata, mendatar.
"Oh.. a 'ah! Saya terlupa hari tu." Amna menggaru kepalanya.
"Awak tahu tak, kalau awak beritahu, kami takkan kehilangan tiga ringgit?" ujarku pula.
"Err..
korang.." Amna mengundur setapak melihat muka aku dan Nina yang dah
lain macam. Aku dan Nina pula maju setapak demi setapak. Kemudian, kami
menerkam Amna!
"AAAMNNAAAAAA............!!!!!
" teriak kami lantas mengejar Amna. Amna pula lari bagaikan tak cukup tanah!
Taman permainan itu mula menjadi riuh dengan jeritan dan tawa kami!
Kemudian, aku termenung lagi. Barulah aku sedar, gelang
persahabatan tersebut hanyalah perhiasan, namun yang mengikatkan
persahabatan kami adalah keikhlasan dan kejujuran.