Khamis, 14 November 2013

Kelebihan hari Aasyura (10 Muharram)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua kawan yang saya kasihi sekalian. Kawan-kawan sihat? Sihat? Alhamdulillah.. Hari ni, ada kawan saya yang demam. Kasihan dia. Semalam dia demam, sebelum dia nak nasyid pada hari penyampaian hadiah. Buat penat sahaja dia berlatih pada hari-hari berikutnya. Takpe, saya doakan awak cepat sembuh =)

Kawan-kawan tahu tak apa tu hari Aasyura? Dahulu, saya tak pernah tahu apa tu hari Aasyura. Pada hari Aasyura yakni 10 Muharram, yang saya tahu kita disunatkan berpuasa. Mengapa? Inilah jawapannya.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".


Masya-Allah, hebatnya hari Asyura! Baru sekarang saya tahu. Hehehe.. Untuk pengetahuan kawan-kawan, seorang sahabat saya akan mandapat seorang adik beberapa jam lagi. Jadi, ayahnya letak namanya sebagai Insyirah Asyura. hehehe.. Tahniah!

-ABC^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan