Khamis, 28 November 2013

Kucing~~ Meooww~~

Assalamualaikum..

 

Saya pasti korang dah pernah dengar cerita tentang kucing malang bernama Hero ni. Yang belum tu, saya akan ceritakan. Saya pun tak ingat sangat ceritanya jadi saya ceritakan pendek-pendek.. Alkisahnya bermula ketika seorang lelaki ni terjumpa Hero kat sebuah kedai, kedua-dua kakinya dipotong. Pastu, dia bawalah pergi klinik. Sejak tu, dia jaga Hero dengan penuh kasih sayang. Walaupun Hero hanya ada dua kaki, Hero main, makan, tidur dan bermanja dengan tuannya macam kucing biasa. Malangnya, baru-baru ni Hero meninggal sebab penyakit Leaukimia (ntah nak eja pun tak tahu). Kasihan kucing ni. Semoga tuannya sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Bukan apa, saya ni pun suka sangat kucing. Saya juga ada bela kucing kat rumah. Bagi mereka yang tak suka kucing tu, tolonglah jangan aniaya diorang. Diorang makhluk Allah juga. Lagipun, kucing tak tahu apa-apa, tak ada akal. Kalau diorang ada akal dan buat salah, tu takpelah juga.

Ok.. semoga nasihat ni membantu. I LOVE KUCING!!

-ABC^_^





Selasa, 26 November 2013

Percutian di Lotus Desaru - tak pergi rugi..

Assalamualaikum.., Hai semua! Seronok cuti ni? Korang pergi mana? Pasti korang tengah bergembira happy-happy ngan famili tersayang. Wah, entry kali ni macam Halaqah pula.
Seperti yang dijanjikan, ini adalah gambar-gambar yang sempat ditangkap ketika saya di Lotus Desaru bersama keluarga tercinta. Tempatnya agak cantik. Pada awalnya, saya tertanya-tanya, mana Waterpark yang selalu disebut-sebut tu? Laa.., rupanya Waterpark tu ada kat tengah-tengah bangunan hotelnya. Agak tersorok juga. Hahaha. Ada satu gelongsor air tu, namanya Lazy River, memang gelongsor air terbesar yang saya pernah tengok (Biasalah, budak ni mana pernah pergi Waterpark. Huhuhuhu..).

Tempat kanak-kanak.. kat sini ada gelongsor yang biasa kita tengok kat taman permainan. Cuma, yang ni adalah air-air memancut.

Coconut Fall. Air ditakung kat dalam sebuah 'kelapa' sebesar bilik air kecil. Bila dah penuh, airnya akan jatuh bak tsunami kecil! Fantastic!

Abang Ayit dan Irfan menaiki Lazy River, tarikan paling menarik ketika saya di sana. Namanya Lazy River sebab lepas kita naik, kita rasa pening! Gelongsornya besar dan airnya macam menarik-narik kita. Memang laju dan akibatnya, dilanggar orang! Owh, malunya!

Irfan target shooting. Bergaya dan tampan! Tepat tiga kali! Hebat juga..

Ini saya dan sandcastle saya! Ada rupa mirip Gunung Kinabalu, tak?

Irfan buat apa tu..?

Kami.. SQUAD PANTAI DESARU!! (Saja tunjuk eksen. Hahaha)

Itu sahaja gambar yang saya nak kongsikan. Yang lain nampak macam hodoh sikit. Hihi. Apapun, memang rugi kalau korang tak ke Lotus Desaru ni. Memang best! Jadi, bagi yang belum rancang nak ke mana cuti ni, rancanglah pergi hotel Lotus Desaru ni. Best tau hotel 4 bintang ni. Ada Waterpark lagi. Memang terbaik!

-ABC^_^


Jumaat, 22 November 2013

Cerita tentang seorang Doktor

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua kawan-kawan yang sedang membaca post ini. Dalam entry ni, saya nak kongsikan satu cerita yang berjaya buat saya rasa sedih. Huhuhu..

Doktor bermaksud :-
orang yang bertugas menyembuhkan orang-orang yang sakit. 

Eh, buang tabiat apa pula saya ni. Saya pasti kawan-kawan di sana tahu apa tu doktor. Cerita ini mengisahkan tentang seorang doktor dan seorang bapa yang anaknya terpaksa melakukan pembedahan.

Doktor itu masuk ke dalam hospital dengan tergesa-gesa. Baru tadi, pihak hospital menelefonnya dam beritahu bahawa seorang kanak-kanak harus melakukan pembedahan. Sebaik sahaja memasuki wad kecemasan, dia berjumpa bapa kepada kanak-kanak yang cedera itu. Bapa itu menengkingnya.
"Mengapa kamu lewat? Anak saya harus melakukan pembedahan! Kalau dia mati macam mana?!" Si doktor membalas, "Bertenang, tuan. Saya ke sini secepat yang mungkin setelah menerima panggilan." "Bertenang?! Anak saya dah nak mati awak suruh saya bertenang?! Kalau anak awak yang mati macam mana?!" "Kalau anak saya mati saya akan kata satu ayat yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran, Daripada-Nya kita datang, Kepada-Nya lah kita kembali. Bukan semua doktor boleh menyelamatkan nyawa pesakit, tapi saya akan buat yang terbaik." Si bapa mengomel, "Ada hati mahu nasihatkan saya, macam lah dia tu bagus sangat,"
Pembedahan tamat dua jam kemudian dan berjalan dengan lancar. Si doktor berkata kepada si Bapa, "Anak kamu selamat. Apa-apa pertanyaan sila ajukan pada jururawat," Si doktor bergegas pergi. "E' eleh, saya belum sempat tanya apa-apa dia dah pergi. Apa punya doktor lah" Beberapa minit kemudian, si Bapa bertemu dengan seorang Jururawat. Si bapa bertanya, "Mengapa doktor itu bergegas pergi?" Tiba-tiba air mata jururawat itu jatuh ke pipinya. "Anaknya meninggal semalam kerana kemalangan jalanraya. Sewaktu kami menelefonnya, dia sedang menguruskan acara pengebumian anaknya. Dia bergegas pulang untuk kembali menguruskan jenazah."


Huhuhuhu.. Sedihnya.. Lain kali, jangan tuduh melulu. Kan dah kena. Kasihan doktor tu, chill je nampak. Hm.. Sampai sini sahajalah entry kali ni. Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang, Insya-Allah. (P/S: Lepas ni saya akan ceritakan kepada semua tentang Desaru! Eee.. tak sabarnya!)


-ABC^_^



Khamis, 14 November 2013

Kelebihan hari Aasyura (10 Muharram)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua kawan yang saya kasihi sekalian. Kawan-kawan sihat? Sihat? Alhamdulillah.. Hari ni, ada kawan saya yang demam. Kasihan dia. Semalam dia demam, sebelum dia nak nasyid pada hari penyampaian hadiah. Buat penat sahaja dia berlatih pada hari-hari berikutnya. Takpe, saya doakan awak cepat sembuh =)

Kawan-kawan tahu tak apa tu hari Aasyura? Dahulu, saya tak pernah tahu apa tu hari Aasyura. Pada hari Aasyura yakni 10 Muharram, yang saya tahu kita disunatkan berpuasa. Mengapa? Inilah jawapannya.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".


Masya-Allah, hebatnya hari Asyura! Baru sekarang saya tahu. Hehehe.. Untuk pengetahuan kawan-kawan, seorang sahabat saya akan mandapat seorang adik beberapa jam lagi. Jadi, ayahnya letak namanya sebagai Insyirah Asyura. hehehe.. Tahniah!

-ABC^_^ 

Isnin, 4 November 2013

Rindunya,,!!

Assalamualaikum dan selamat menyambut ma'al hijrah buat semua rakan yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang untuk terus hidup di dunia ini. Emm, kawan-kawan sihat? Kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau yang tak sihat tu, saya selalu doakan para pembaca semua ^_^.






Haa,, kawan-kawan mesti pernah jadi macam ni, kan? Tak pun masa kecik-kecik, kan? Saya tak dapat nafikan, saya pun pernah jadi macam tu jugak :P Apa yang kawan-kawan rasa masa tu? Gelisah, takut, tak tentu arah.. Apa-apa yang kita buat mesti tak kena! Betul tak?

Sebenarnya, kita rindu dekat Allah. Sebab, dalam satu hari tu, dah sekali kita 'miss jumpa Allah'. Hmm,, Untuk kasi korang paham la, saya kasi satu kisah ni (Saya suka cerita-cerita ni, apatah lagi cerita mama. Insya-Allah, semua cerita yang mama cerita kat saya akan saya ingat sampai bila-bila). Ada seorang budak ni, mak ngan ayah dia bercerai la kononnya. Budak ni tinggal dengan ayahnya. Tapi, si budak ni tetap rindukan mak dia. Yela, semua orang sayangkan maknya, betul tak? jadi, ayah dia kasilah budak ni jumpa ngan mak dia, dua kali sehari, pagi dan petang. Kalau kawan-kawan dalam situasi macam ni, apa yang korang pagi-pagi gitu? Mesti tak sabar untuk jumpa ngan ibu korang yang tersayang, kan?

Begitu jugalah kalau korang sayang akan Pencipta korang. Pasti korang rindu nak jumpa Allah kalau miss satu kali solat. Itu jelah yang saya nak sampaikan hari ni. Harap cerita ni akan jadi pedoman hidup korang.

Assalamualaikum.

-ABC ^_^