Wah, kalau baca tajuk entry ni banyak kali, rasa jiwang pun ada. Yelah, meninggalkan tahun yang banyak mengandungi kenangan-kenangan manis bersama keluarga, juga rakan-rakan. Siapa yang tak sedih?
Kemungkinanlah, ni adalah entry terakhir blog ini pada tahun 2013. Saya begitu susah hati. Tahun depan adalah tahun yang mendebarkan bagi pelajar seusia saya. Saya rasa, rakan-rakan saya semua dah tahu yang tahun depan saya bakal menjalani UPSR !
Dengar pun dah gerun.. Tahun lepas saya hanya melihat Abang Harith yang runsing nak masuk tahun 6. Masa terlalu pantas berlalu, sedar tak sedar tahun ini saya pula yang melaluinya! Huhuhu..
Memang banyak kenangan yang sweet-sweet masa saya darjah lima ni. Antaranya :-
- Masa lawatan sambil belajar pergi ke Melaka bersama-sama dengan rakan sedarjah.
- Pengalaman mewakili Zon Penggaram ke Pertandingan Bercerita Tahap 2 Peringkat Daerah. Walaupun kalah, tapi saya anggap ia satu pengalaman untuk saya dan saya akan tetap mencuba hingga saya berjaya.
- Memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Cilik Bestari. Ahli kumpulan SK Banang Jaya ialah saya, Aisyah, Izzati, Naufal dan Ameer. Tak sangka, kami yang tiada pengalaman masuk pertandingan macam ni pun boleh dapat tempat kedua. SK Tengku Mariam, macam biasa, dialah pemenangnya.
- Menyertai program Frog VLE. Saya dan Aisyah memang bertuah kerana kami bukan saja dapat ponteng sekolah 'free', malah dapat main komputer pula.
- Menyertai program 1Murid 1Sukan (Hoki). Ingat lagi masa saya sumbangkan mata satu gol masa tu. Pelik, sedangkan itu perlawanan hoki pertama seumur hidup saya! Alhamdulillah, dengan mata itu, Kumpulan Merah, memperoleh tempat kedua!
-ABC^_^
Wah, Auni banyaknya pengalaman kita ngan awk.....Rinduuuuu awk :) :D
BalasPadamAuni.. ABC tu apa??
BalasPadamAuni.. ABC tu apa??
BalasPadam