Selasa, 31 Disember 2013

Baca Ikrar !?!?

Assalamualaikum. Hai semua ^_^

Korang dah baca tajuk entry kali ni, kan? Terkejut, tak? Yup! Inilah yang terjadi kepada saya pada hari pertama persekolahan tahun 2014. Saya kena baca Ikrar Pelajar......!

Maknanya, saya dah jadi Penolong Ketua Pengawas. Walaupun impian nak jadi Ketua Pengawas tak tercapai, Insya-Allah, saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebaga Penolong Ketua Pengawas bersama Aisyah.

Pada mulanya, saya tak ingat LANGSUNG pasal ikrar ni. Yelah, hari pertama persekolahan 2014, nak happy-happy ngan kawan, cerita itu, cerita ini, sebab kan RINDU.. Masa tengah syok berbual, tetiba Cikgu Zizi datang dan tanya,

"Auni, baca ikrar, tau."

Saya pun macam 'Haaaa....? Apsal tiba-tiba?' Tengok saya yang tercengang lagi, Cikgu pun tanyalah Aisyah yang kebetulan tak jauh pun dari situ. Cepat aje Aisyah menolak. Oleh sebab itu, terpaksalah saya yang baca ikrar. Saya pun hairan. Bukan Akif ke jadi Ketua Pengawas? Kenapa dia tak baca ikrar?

Kalau sebab dia tak nak, Grr.. Benci pulak!

Apapun, harini 6 Unggul dapat seorang murid baru. Perempuan. Dia bijak sebab tahun lepas dia dapat 5A. Saya rasa nak berkawan ngan dia tapi kedudukan saya dan dia dalam kelas agak jauh. Hmm.. Nanti-nanti jelah saya tegur dia.

Sampai sini ajelah entry saya. Aisyah! Kalau Aisyah dah baca entry ni, siap Aisyah di sekolah, ye..!

-ABC^_^

Selamat tinggal tahun 2013!

Assalamualaikum, Ya Akhi wa Ukhti. Apa khabar, sihat?

Wah, kalau baca tajuk entry ni banyak kali, rasa jiwang pun ada. Yelah, meninggalkan tahun yang banyak mengandungi kenangan-kenangan manis bersama keluarga, juga rakan-rakan. Siapa yang tak sedih?

Kemungkinanlah, ni adalah entry terakhir blog ini pada tahun 2013. Saya begitu susah hati. Tahun depan adalah tahun yang mendebarkan bagi pelajar seusia saya. Saya rasa, rakan-rakan saya semua dah tahu yang tahun depan saya bakal menjalani UPSR !

Dengar pun dah gerun.. Tahun lepas saya hanya melihat Abang Harith yang runsing nak masuk tahun 6. Masa terlalu pantas berlalu, sedar tak sedar tahun ini saya pula yang melaluinya! Huhuhu..

Memang banyak kenangan yang sweet-sweet masa saya darjah lima ni. Antaranya :-

  • Masa lawatan sambil belajar pergi ke Melaka bersama-sama dengan rakan sedarjah.
  • Pengalaman mewakili Zon Penggaram ke Pertandingan Bercerita Tahap 2 Peringkat Daerah. Walaupun kalah, tapi saya anggap ia satu pengalaman untuk saya dan saya akan tetap mencuba hingga saya berjaya.
  • Memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Cilik Bestari. Ahli kumpulan SK Banang Jaya ialah saya, Aisyah, Izzati, Naufal dan Ameer. Tak sangka, kami yang tiada pengalaman masuk pertandingan macam ni pun boleh dapat tempat kedua. SK Tengku Mariam, macam biasa, dialah pemenangnya.
  • Menyertai program Frog VLE. Saya dan Aisyah memang bertuah kerana kami bukan saja dapat ponteng sekolah 'free', malah dapat main komputer pula.
  • Menyertai program 1Murid 1Sukan (Hoki). Ingat lagi masa saya sumbangkan mata satu gol masa tu. Pelik, sedangkan itu perlawanan hoki pertama seumur hidup saya! Alhamdulillah, dengan mata itu, Kumpulan Merah, memperoleh tempat kedua!
Banyak lagi sebenarnya pengalaman manis saya sepanjang bergelar pelajar darjah lima ni. Tapi, tangan pun dah lenguh menaip. Sampai sini sajalah, ya. Apa yang saya nak ucapkan adalah, selamat menyambut tahun 2014! Banyak lagi rintangan dan cabaran yang menanti kita pada tahun 2014 ni. Semoga dapat melalui semua ujian daripada Allah. Ingat, Allah uji kita sebab dia sayang kita dan rindu nak dengar doa-doa rintihan kita. Oleh itu, sentiasalah kita berdoa kepada yang Maha Esa, ya! Salam sayang, Auni.

-ABC^_^

Isnin, 30 Disember 2013

Tutorial - Beruang felt comel

Assalamualaikum, semua :) Bertemu kita sekali lagi di blog ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Hari ini, saya nak tunjukkan satu tutorial yang saya baca dari majalah mingguan Wanita. Siapa pernah baca angkat tangan ! Hehe.. Mama sebenarnya tak rajin sangat beli majalah ni. Tapi, seorang pekerja kat kedai abah selalu beli. Jadi, oleh kerana agak bosan, saya pun belek-belek la kan. Saya jumpa tutorial buat beruang felt comel ni <3

Ahaa.. comel tak? Saya buat dua, satu yang jantan lagi satu betina. Jantan nak kasi kat Irfan. Back to the topic, sebenarnya senang je nak buat. Tapi, tutorial kali ni saya tak sertakan gambar, jangan marah, ye?

  1. Gunting dua bentuk bulat dekat felt coklat untuk kepala dan gunting felt kuning atau coklat cair bentuk bulat sederhana. Hitam bulat kecik untuk hidung. Mulut dia, jahit guna benang hitam.
  2. Untuk telinga, pandai-pandai korang lah. Saya dah kasi gambar dah tu.
  3. Jahit sekeliling muka beruang tu guna jahitan 'insang pari'.
  4. Siap dah yang asas.
  5.  Boleh hias ikut kreativiti korang. Tak kisahlah nak tepek topi ke, cermin mata ke, bunga ke, reben ke, ikut suka hati koranglah.
Sekian, terima kasih. Selamat mencuba dan semoga berjaya :D

-ABC^_^


Sabtu, 28 Disember 2013

Felt frame

Assalamualaikum dan hai semua! Saya harap korang dalam keadaan yang sihat walafiat :)

Hari ni, saya nak tunjukkan frame yang saya dan mama buat untuk hari jadi Qisya. Frame tu saya buat guna kain felt yang dibeli dari Aumia's Craft Store.

Haa.., cantik tak? Senang je nak buat ni. Yang susah sikit bunga ros tu. Susah sikiiiiit je. Yang lain semua senang. Mula-mula, tampal kertas warna dekat atas rangka frame. Saya punya mama yang buatkan. Dah tampal, kitorang mulalah letak aksesori. Love, huruf dan bunga ros. Ni saya nak kasi tutorial bunga ros.  Saya ambil kat google image jap.

SUS n d FELT PRODUCT, saya pinjam gambar sis, ye..

Korang gunting kain felt macam gambar di atas, warnanya ikut kesukaan koranglah. Kalau saya, saya love warna pink. Pastu, korang gulung gulung gulung, and then tampal guna gam UHU. Taraa... Dah siap! Kalau nak cantik, tambahlah manik kat tengah atau daun kat bawah atau dua-dua sekali pun boleh :D ..

Tamatlah tutorial untuk hari ni. Nanti entry yang lain saya kasi tutorial kraftangan yang lagi BEST, ye. Insya-Allah..

-ABC^_^

Ahad, 22 Disember 2013

Pertandingan menulis cerpen Ana Muslim

Assalamualaikum, kawan-kawan yang membaca blog ini sekalian :) ! Semoga anda semua gembira dan bahagia serta sentiasa di bawah lindungan-Nya. Insya-Allah.

Hari ni, saya nak citer pasal majalah Ana Muslim. Ala.. tak tahu ke? Ni saya kasi contoh, ye..
Haa.. Itulah dia. Ana dalam Majalah Ana Muslim yang kiut gitu.. Haha.. Sebenarnya, masa saya selak-selak keluaran terbaru Ana Muslim ni, saya nampaklah satu peraduan menulis cerpen 350 perkataan. Ala, tak banyak pun. Lebih kurang satu mukasurat setengah je.

Walauapapun, (bukan nak membangga diri, eh?) Saya selalunya tulis cerpen 10-15 mukasurat. Alasannya kalau satu mukasurat setengah saya tak boleh nak luah idea. Jadi, 350 perkataan tu agak menyukarkan pencurahan idea saya :( . Tapi, takpe. Kita mana boleh cepat mengalah, kan? Saya akan terus mencuba tanpa putus asa! Saya pun minta doa kawan-kawan semua. Tanpa korang, siapalah saya?

Kalau kawan-kawan nak sertai pertandingan ni juga, kawan-kawan boleh dapatkan Majalah Ana Muslim Bulan Januari 2014  untuk butiran dan borang penyertaan. Kalau tak nak pun tak pe, biarlah senang saya nak menang. Hehe.. gurau je, janganlah ambil hati.

Sampai sini jelah dahulu. Jumpa di entry akan datang! Janganlah rindu saya sangat, ye :P ?

-ABC^_^

Selasa, 17 Disember 2013

Kem Cinta Allah dan Rasulullah


Assalamualaikum, kawan-kawan. Saya minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Oleh kerana dua orang pekerja kedai abah saya dah tak kerja situ, mama dan abah terpaksalah kerja dan kami pun kenalah ikut sekali.. Internet kat situ pula tak cepat sangat. Jadi tak bolehlah saya nak tulis post blog ni. Saya pun sibuk menghadiri kelas tambahan darjah 5 Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di sekolah. Senang kata, minta maaf sangat-sangat.

Peminat fanatik blog ni, (sebenarnya kawan saya je..) Asyik tertunggu-tunggu perkembangan saya. Saya pasti kawan-kawan pun sama, kan? Hehehe..  Kali ni, saya nak ceritakan pengalaman saya ke 'Kem Cinta Allah dan Rasulullah di Kelantan, tempat kelahiran mama.

Ia berlangsung dekat sebuah masjid yang dekat dengan rumah Mak Tok dan Yan (Panggilan untuk nenek dan datuk saya). Haritu cuti sekolah. Dah memang bosan, tak tau nak buat apa, Yan kasitaulah ada kem cinta Allah dan Rasulullah ni. Nasib baik masa tu, Alia, sepupu saya ada. Kalau tak, sorang-sorang mesti tak nak pergi punya.

Dekat sana, orangnya baik-baik. Saya dapat ramai kawan. Saya ngan Alia pun ada 'geng'. Kitorang selalu main sama-sama. Nama 'geng-geng' kitorang ialah Najah, Amani dan Fatnin. Diorang memang baik. Oleh kerana saya dan Alia tak pandai 'kecek kelate', diorang sanggup cakap KL. Hahaha..

Kat sana, memang dah disediakan macam-macam aktiviti menarik. Ada treasure hunt, ada nasyid, ada kuiz, dan baaaanyak lagi. Ada suatu ketika ni saya belajar satu perkataan loghat Kelantan, 'main nusuk'. Pada mulanya saya pun tak tahu apa maksud perkataan tu, rupanya main sembunyi-sembunyi. Hehe.. maaflah, tak pasal-pasal harini korang kena belajar loghat Kelantan pulak :P ..

Dan, ada juga kakak-kakak dan abang-abang fasilitator tayangkan cerita kat kitorang guna video. Antaranya cerita Hafalan Shalat Delisa. Dan ada beberapa lagi video tentang Sayangi Ibu Bapa dan sebuah cerita animasi berjudul Rasulullah. Memang best dan kadang-kadang ada yang mengalirkan air mata sebab cerita pasal ibu bapa tu agak sedih. Walaupun itu video Thailand dan non-muslim, kasih sayang sangat yang sungguh hebat tu sangat menarik.

Lupa saya nak beritahu, surau tu sebenarnya dekat.. sangat dekat dengan .. KUBUR. Tapi, nasib baik kem tu berlangsung pagi-pagi, bukannya.. MALAM-MALAM. Ada satu aktiviti treasure hunt ni menyebabkan saya dan semua ahling geng saya kena LALU TANAH PERKUBURAN tu. Menyeramkan.. dan mencabar! Boleh pula kakak fasilitator tu suruh kitorang buat teka silang kata dekat tengah-tengah tanah perkuburan! Apapun, buat ajalah.. nak tunjuk cool. Haha..

Lebih memeranjatkan lagi, seorang kakak fasilitator yang bernama Kak Nabilah, sebenarnya asal daripada INDONESIA! Dia ke Kelantan semata-mata untuk menjadi fasilitator kem ni..

Walau apapun, pengalaman menyertai kem ni akan saya kenang sampai bila-bila. Pengalaman ni sedikit-sebanyak menjadikan saya lebih matang dan lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. Insya-Allah..

(p/s : Terimgat pula apabila Aisyah dan Akif pergi Kem Kepimpinan tu. Masa tu agak terkilan dan cemburu sebab sepatutnya Aisyah dengan saya yang kena pergi, tapi cikgu tu suruh seorang lelaki dan seorang perempuan saja yang boleh masuk (sebuah sekolah). Hmm.. takpelah, kan? Rezeki mereka.. :') )

-ABC^_^